Objektif dan Piagam Pelanggan Bahagian Khidmat Pengurusan

OBJEKTIF

Menentukan pengurusan pentadbiran, kewangan dan hasil daerah diuruskan
dengan cekap dan berkesan melalui penggunaan sumber secara optimum
ke arah pengujudan organisasi pentadbiran daerah dan tanah yang berkualiti,
produktif dan mesra pelanggan.



PIAGAM PELANGGAN

  1. Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang mesra, cepat dan berkesan. 
  1. Setiap aduan akan dikeluarkan akuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari berkerja.
  1. Memproses permohonan perlesenan minuman keras yang lengkap untuk
mendapatkan ulasan teknikal dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan.

  1. Menyediakan minit bebas untuk mendapat perakuan pegawai pelesen dalam
 tempoh dua (2) hari selepas menerima ulasan teknikal.

  1. Menyediakan daftar permohonan pembahruan, tukar nama pemilik, tukar
nama perniagaan, tukar alamat perniagaan dan permohonan baru lesen
eksais (September-Disember) dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat
lembaga pelesenan.

  1. Mengemukakan permohonan kelulusan kepada pejabat kewangan negeri
dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh menerima permohonan lengkap.

  1. Melaksanakan penyelenggaraan kecil perkakasan ICT dalam tempoh 14 hari (tidak memerlukan kelulusan pejabat kewangan negeri).
  1. Menyediakan dan menghantar pesanan tempatan (LO) kepada pembekal
dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh terima kelulusan / permohonan lengkap oleh unit kewangan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.