PENGENALAN

Pengenalan Latihan Industri

           Latihan Industri merupakan komponen utama dalam kurikulum Pembelajaran di Politeknik pelajar diwajibkan menjalani latihan Industri dan disyaratkan lulus latihan sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik PBU.  Dalam Latihan Industri, Pelajar akan juga di tempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semesta bagi mendedahkan mereka kepada
suasana pekerjaan yang sebenar serta dapat berbeza dari suasana belajar.

          Sepanjang semasa pelajar menjalani latihan Industri ini, Pelajar akan berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang belum ditempuhi.  Oleh itu, Pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan industri ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan selama menjalani Latihan Industri, Pelajar akan dapat membina keyakinan diri menjadi lebih berani dan tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba pengetahuan dan juga pengalaman.  Pelajar boleh merujuk dan pengalaman tersebut sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah ke alam pekerjaan sebenar kelak.

            Justeru latihan industri dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai satu pengalaman jika di alam pekerjaan yang sebenar dan membentuk personaliti diri yang baik.  Dengan adanya penerangan dari unik latihan industri dapat menjalani latihan industri dengan baik dan lancar, dan dapat menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai rujukan tentang tugas yang dilaksanakan.

 Pendahuluan 

             Latihan Industri adalah proses penempatan pelajar di mana – mana organisasi Bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar.  Pelajar yang mengikuti pengajian di PBU diwajibkan menjalani latihan Industri selama satu semester.

             Merupakan satu alternatif kepada para pelajar untuk belajar dan memahami cara bekerja dan disamping mendapat pengalaman dalam bidang kursus yang diambil di politeknik.  Dimana pelajar akan
dilatihkan untuk melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan di tempat latihan industri.

 Objektif Latihan Industri 

a. Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara  berpasukan,
     amanah, Berkeyakinan bertanggungjawab.
b. Boleh berkomunikasi dengan berkesan.
c. Mengamalkan etika & Peraturan kerja yang baik.
d. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari.
e. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
f.  Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
g. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
h. Dapat menanam sikap ingin tahu dan minat semasa latihan.


 Objektif Laporan Latihan Industri 

                Objektif laporan latihan industri adalah yang dibuat untuk mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang apa yang dapat di pelajari semasa menjalani latihan industri. Tujuan laporan latihan industri ini dibuat adalah untuk melibatkan bahawa pelajar yang berkenaan telah mengikuti dan menjalani latihan industri yang telah ditetapkan.

                Laporan latihan industri ini juga dapat mengesahkan bahawanya pelajar benar-benar telah menjalani latihan industri dan juga melakukan kerja-kerja yang diarahkan dan ia merupakan catatan laporan penting setiap kerja yang dijalankan seperti mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan.

                 Antara objektif latihan industri ialah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai amalan-amalan persekitaran alam pekerjaan yang sebenar dan mengaitkan teori-teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah sebelum mereka menamatkan pengajian mengikut pengkhususan dalam bidang masing-masing.

                Selain daripada itu, Latihan industri juga menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara sesama pekerja disamping menanam sifat amanah bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan dan juga dapat mewujudkan kerja berpasukan dengan pekerja yang lain.

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
           
            Menjalani latihan industri merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar politeknik. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Bagi kursus Diploma Teknologi Maklumat, ia wajib menjalani kursus latihan industri pada semester ke 4.

            Ketika menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikan segala teori dan amali yang dipelajari di Politeknik. Semasa di Politeknik, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani latihan industri ini juga pelajar dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar .

           Latihan industri juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. Latihan industri sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi.

Selama satu semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang.  Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari.  Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa - apa kesan.  Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah - ubah.

Kesimpulan yang saya dapat melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perkomputeran ini.  Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Politeknik Balik Pulau yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.

Perakuan Pelajar

"Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satu saya telah jelaskan sumbernya . Setiap apa yang tercatat merupakan latihan yang saya akui ketika menjalankan latihan industri semasa berada di PEJABAT DAERAH DAN TANAH BATU GAJAH (PDTBG) . "





..................................

Tarikh : 7/10/2014

(MUHAMMAD NAZIRUL BIN ABDUL RASHID)





Disahkan oleh :






...............................................

(                                                   )