PENGHARGAAN & DEDIKASI

  PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Tuan Haji Tarmidzi bin Abdul Manap , P.M.P , A.M.P , P.P.T selaku Pegawai Daerah Kinta kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di sana bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Pliteknik Balik Pulau, dan tidak lupa juga kepada Encik Sharir bin Ahmad Nazri selaku juruteknik komputer  yang menguruskan segalanya dan memberi dorongan di sepanjang saya menjalankan latihan industri di PEJABAT DAERAH dan TANAH BATU GAJAH [PDTBG] ini selama temboh 5 bulan.

   Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pekerja serta staf-staf PEJABAT DAERAH dan TANAH BATU GAJAH [PDTBG] yang banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri di sana. Tanpa bantuan dari mereka semua, tidak mungkin saya akan mempelajari banyak benda baru, pengetahuan yang mendalam, serta kerjasama yang diperoleh daripada mereka semua sebagai rujukan dan pertanyaan dalam sesuatu masalah yang saya alami sewaktu saya menjalankan latihan industri di PEJABAT DAERAH dan TANAH BATU GAJAH [PDTBG] tersebut.

  Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik Balik Pulau terutama pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna disepanjang saya menjalankan latihan industri di PEJABAT DAERAH dan TANAH BATU GAJAH [PDTBG] tersebut .

DEDIKASI

“Untuk ayah dan bonda tercinta serta keluarga yang di sayangi, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Batu Gajah (PDTBG) serta semua , rakan-rakan seperjuangan di Politeknik Balik Pulau,Pulau Pinang serta saudara-mara terdekat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan sepenuhnya.”
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi terutama pensyarah program Diploma Teknologi Maklumat (PENGATURCARAAN) yang telah membantu dalam penulisan laporan ini dan di atas segala ilmu yang telah dikongsi bersama.


“JASAMU DIKENANG”