MINGGU 1 - 2

Praktikal Minggu Pertama [ 1 Disember – 5 Disember ]

Assalamualaikum ...
  • Melaporkan diri di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Batu Gajah (PDTBG) . Mereka telah memberi penerangan dan pengenalan bagaimana cara mereka menjalankan tugas . Di sini mereka melaksanakan amalan 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang bersih , selesa dan ceria.
  •  Membaiki komputer yang rosak , diserang virus dan mempunyai masalah rangkaian(network).       
  •  Menyunting / edit portal rasmi pejabat daerah dan tanah kinta . Saya dan rakan saya diberi tugas untuk menyunting portal rasmi pejabat . Kami telah menyunting beberapa bahagian seperti menukar latar belakang portal , membetulkan latar belakang  gambar senarai pegawai supaya nampak sama dan lain lain lagi.



Praktikal Minggu Kedua[ 8 Disember – 12 Disember ]

       Kini telah masuk 2 minggu saya menjalani latihan industry di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta Batu Gajah (PDTBG) . Tugasan yang telah diberi ialah :-

·         Menyambung menyunting/edit portal rasmi pejabat . Saya bersama rakan saya telah mengemaskini senarai nama-nama pegawai di portal rasmi pejabat kerana portal tersebut sudah lama tidak dikemaskini .
·         Membaiki/format beberapa buah computer yang rosak dan bermasalah .
·         Menukar dakwat mesin pencetak/printer yang sudah habis dengan yang dakwat yang baru .