DAPATAN & CADANGAN

Terima kasih saya ucapkan kepada pihak PEJABAT DAERAH DAN TANAH BATU GAJAH [PDTBG] yang telah memberi peluang untuk saya menjalani Latihan Industri di firmanya . Sepanjang saya menjalani Latihan Industri di firma tersebut banyak maklumat dan pengetahuan yang saya dapat.

Walaupun begitu, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki agar program ini lebih berkesan . Setelah menjalani program Latihan Industri ini ingin saya mengemukakan beberapa cadangan untuk dipertimbangkan bagi kebaikan bersama, sekiranya cadangan dan saranan yang saya kemukakan ini bercanggah dengan pendapat firma , saya ingin meminta maaf.

Antara cadangan dan saranan ini adalah:-
  • Sentiasa memantau dan mengikuti perkembangan para pelajar yang sedang menjalani   program Latihan Industri.
  •  Lebih mendedahkan pelajar dengan pelbagai kerja agar pelajar dapat mempraktikan segala ilmu yang dipelajari serta pengalaman yang sedia ada.