Selama satu
semester menjalani Latihan Industri, banyak pengalaman, pengetahuan dan
pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi
telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi
kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada
ilmu atau teori yang dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal,
di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan
memberi apa - apa kesan. Begitulah jika kita beramal tanpa ilmu sudah
tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah
- ubah.
Sepanjang saya
menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan daripada sudut
pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara
langsung dapat meningkatkan dedikasi dan bersikap rasional terhadap diri saya
sendiri.
Walaubagaimanapun
masih wujud beberapa kelemahan yang dapat diperbaiki pada masa hadapan.
Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri banyak memberi
manfaat kepada para pelajar walaupun terdapat kelemahan kecil yang sedikit
sebanyak mencacatkan keadaan, supaya kelemahan ini dapat di perbaiki pada masa
hadapan.
Kesimpulan yang saya dapat
melalui latihan industri ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia
perkomputeran ini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak
Politeknik Balik Pulau yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari
pengalaman sendiri dengan mengadakan Latihan Industri.