Daerah
Kinta merupakan daerah yang kelima terbesar dalam Negeri Perak. Kedudukannya
ditengah-tengah negeri iaitu bersempadankan Daerah Kuala Kangsar disebelah
Utara, Perak Tengah disebelah Barat, Batang Padang disebelah Selatan dan negeri
Kelantan dan Pahang disebelah Timur.
Pusat
Pentadbiran Daerah terletak di Bandar Batu Gajah dalam mana pentadbiran
kecilnya meliputi daerah-daerah kecil iaitu Batu Gajah, Ipoh dan Kampar. Dalam
daerah ini juga, bandar Ipoh merupakan bandar terbesar diperingkat negeri dan
merupakan nadi pengerak aktiviti yang ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan
iaitu Majlis Bandaraya Ipoh.
Pejabat
Daerah dan Tanah Batu Gajah pula merupakan nadi pusat pentadbiran daerah yang
bertanggungjawab keseluruhannya dalam hal-hal pentadbiran am daerah,
perayaan-perayaan resmi, perancangan dan penyelarasan projek-projek
pembangunan, perlaksanaan projek-projek kecil pembangunan luar bandar dan penguatkuasaan
undang-undang dan tanah.
Pengurusan
pentadbiran keseluruhan daerah adalah Pegawai Daerah juga merangkap Yang
Dipertua Majlis Daerah Kinta Barat. Beliau dibantu oleh Ketua-ketua Penolong
Pegawai Daerah Bahagian Tanah Batu Gajah, Bahagian Pembangunan Batu Gajah,
Daerah Kecil Ipoh dan Daerah Kecil Kampar/Gopeng. Beliau adalah juga Pengerusi
Jawatankuasa Keselamatan Daerah dan bertanggungjawab kepada masyarakat daerah
untuk dapat hidup dalam aman dan sejahtera.
Bagi
merencana mengerakkan peranan dan tanggungjawab diperingkat daerah Kinta Batu
Gajah dibahagi kepada bahagian-bahagian induk seperti Bahagian Khidmat
Pengurusan, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pentadbiran Tanah.