Membuat Stiker Kenderaan Pejabat

         Pada minggu ini , saya telah diberikan tugas untuk membuat stiker kenderaan pejabat . Saya diminta untuk mereka tiga stiker kenderaan yang berlainan reka bentuk dan corak . Saya diberi tempoh selama satu minggu untuk menyiapkan ketiga-tiga stiker tersebut .

         Saya telah menggunakan perisian Adobe Photoshop CS 6 untuk menyiapkan ketiga-tiga stiker tersebut . Perisian Adobe Photoshop CS 6 banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini . Dengan menggunakan perisian tersebut saya boleh meminda saiz gambar , meminda kesan/effect pada gambar dan lain-lain lagi .


           Dalam tempoh masa satu minggu yang diberikan kepada saya , saya telah menyiapkan ketiga-ketiga stiker tersebut .